
Sistem Affiliate adalah satu sistem dimana pengusaha sesebuah laman web menawarkan perkongsian keuntungan kepada sesiapa sahaja yang ingin mendaftar menjadi agen kepada produknya... Pendek kata, sesiapa yang sudi untuk menjadi salesman kepada produknya. Dengan memberikan tawaran sebegini, pengusaha tersebut akan memberikan komisyen terhadap agen affiliate yang berjaya melakukan jualan terhadap produknya.
Dengan membina sistem affiliate ini sebenarnya akan memberikan satu keuntungan yang besar kepada pengusaha laman web kerana sesiapa sahaja boleh menjadi agen affiliate dan mempromosikan laman web dan produk - produknya! Jualan meningkat, laman web menjadi terkenal! Sistem Affiliate juga memberi satu peluang perniagaan kepada sesiapa sahaja untuk mendapat pendapatan sampingan tanpa mengeluarkan sebarang modal.
Tags: affilliates.
|